Sunday, February 7, 2010

Cepat dan Gelabah

Pada hari ini aku telah membuat satu kerja yang boleh dikategorikan sebagai BA WAW DAL WAW HA...Ha apa bunyinye anak-anak..........?? Haaa pandai pon..Tak tahu mengapa tiba-tiba jer aku boleh berpelakuan begitu..Kesnya nak cepat sebab sebab takut jammed melanda Jambatan Pulau Pinang..
Alkisahnya......Weekend ni aku ke Georgetown Penang untuk beberapa urusan peribadi..Jadi alang-alang ke sana maka tidak lengkap kalau tak ber'sibai' di Queensbay Mall yang terletak berhadapan dengan Pulau Jerejak ini..Mall ini dikatakan ke-2 terbesar di Malaysia..Kalau nak ronda satu mall ni alamatnya lucut laa kepala lutut ni..Menjadi kebiasaan Queensbay Mall ini akan sesak bila tiba hari minggu..Tambahan Gong Xi Fa Cai akan disambut tidak kurang seminggu dari sekarang..Maka berduyun-duyunlah manusia mengunjungi mall ini..Siap bawa Tok Penghulu dan Tok Penggawa lagi datang..Maka aku pun menambahkan bilangan manusia yang datang ke sini..Waktu ini aku dah nak balik ke Parit Buntar..Sedang aku berjalan-jalan mencuci mata (bukan usha awek yeee) melihat pelbagai barangan yang dijual..Maka aku terlihat satu kedai ni di penuhi ramai manusia..Maka aku pun menyibuklah sekali...Bila aku dekati kedai dalam mall ini..Barulah aku tahu mengapa manusia bagai dirasuk jembalang mengerumuni kedai ini..Rupanya ada less sehingga 70%..Menarik ni..Maka aku pun terpanggil untuk melihat barangang yang dijual..Antaranya tali pinggang, necktie dan aksesori lain..
Memandangkan aku memang berniat untuk membeli tali pinggang..Maka aku serveylah tali pinggang yang ada..Beraneka jenama ada, Dunhill,Alfio Raldo, Gemini, Swiss Polo dan bermacam lagi..Aku tengok sticker kat atas almari tali pinggang ni ada tertera less 50%-70%..Wow dahsyat tu..Takpa rileks dulu..So pergi pulak ke rak necktie..Waaa mengancam tenunan dan kainnya..Kalau pakai, terasa cam Menteri Pelajaran pulak..Heheheh...Dalam asyik servey barang tu..Alamak!!! Baru aku teringat yang aku nak cepat..Kang jammed kat tengah jambatan kang..Mampos aku..Maka aku pon pergi ke almari tali pinggang tadi aku ambil lah satu tali pinggang yang memang aku aim sedari tadi..Tanpa aku melihat harganya..Sebab tadi aku dah tengok..Harganya RM99.00..So kalau dah less..Mungkin tak sampai RM60.00..Dengan yakinnya aku ke kaunter pembayaran..Sampai di kaunter..Adusss...melonggok orang kat situ..Tapi ada satu kaunter lagi yang dibuka khas untuk pengguna visa dan mastercard..Jadi aku tak mahu lengahkan masa..Terus aku ke kaunter itu sebab tak ramai orang beratur disana..
Aku hanya pikir keadaan jambatan pulau pinang..Sebab aku pernah tersangkut dalam jammed disana..2 jam lebih duk atas jambatan tu..Aku serik..Maka tiba giliran aku..Aku hulurkan kredit kad aku untuk di gores..Aku t.t tanpa melihat apa yang tertulis pada bil itu dan terus meluru keluar dan terus balik ke Parit Buntar...Alhamdulillah tak berapa jammed lagik...
Sesampainya aku di rumah Parit Buntar...Aku pun membuka beg kertas tali pinggang tadi dan aku buka kotaknya..Waaa memang cantik..Eh tapi ini lain yang aku tengok tadi...Tapi takpalah..Janji puas hati..Pulak-pulak less 50%..Hehehe..Gembiranya...pakai tali pinggang yang berjenama..Bukan senang..Inilah nak merasa..Itupun sebab ada less..Kalau takda less..Pakat tengok jerk laa...Memang puas hati laaaa...
Ok cerita BA WOW DAL WOW HA tu bermula disini..Selepas aku menunaikan solat Asar..Tiba-tiba aku teringat nak tengok bil tu..Berapa harga sebenar tali pinggang tu selepas di tolak 50%..Aku pun menyeluk poket seluar..Hah!! Jumpa pun..Aku buka lipatan yang teronyok tu.Bila aku tengok..Ya Allah!!!!!! Betul ke apa yang aku lihat ini..RM159.00!!!! Less apa ke jadahnya..Aku pergi mendapatkan tali pinggang tadi..Bila aku amati..Baru aku teringat..Rupanya aku tersalah ambil tali pinggang!!!! Aku terambil kat almari yang takde less..!!!!!!!! Yang less jadi tak less pulak...Waaaaa.....omma oppa kou meng ngaaaaa!!!!!!

++Inilah tali pinggang yang aku tersalah ambil..Rasa tak mahu pakai..Nak letak dalam frame untuk tatapan jerk....Waaaa....++

Moralnya..Jangan gelabah sampai bangunan runtuh pun tak sedar...Lepas ni aku akan lebih berhati-hati...Tapi perasaan puas hati tadi bertukar jadi puas rugi...!!!! Waaaa....Padan muka aku...

Wednesday, February 3, 2010

Kejohanan Trek dan Padang 2010

++Aku dan Ketua Guru Rumah Hijau++
++Tarik..Tarik..Akhirnya menang..Rumah aku juara keseluruhan acara tarik tali..Laki dan perempuan...++

++Pasukan perbarisan Rumah SATRIA (Kuning)..Dapat No.2..Cute maskot kami SPONGE BOB..++

++Aksi Martial Art yang ditunjukkan oleh anak buah aku..Koreografi ciptaan aku..Poyo tak?? ++


++Bergambar dengan barisan dayang-dayang perbarisan Rumah Kuning..++


++Bergambar dengan maskot Rumah Hijau Shrek dan Princess Fiona..Huhuhu..Comel Princess Fiona tu..Padanlah dengan Shrek..++

++Barisan pegawai kejohanan..Dah letih berdiri..Last-last duduk kat tengah trek..Hahaha..++

Apapun tahniah kepada semua yang terlibat dengan Kejohanan Trek dan Padang 2010, kerana telah menjayakan kejohanan yang berlangsung dengan gilang gemilang...

Juga kepada semua kontinjen Rumah Kuning (SATRIA). kerana telah membuktikan bahawa ANDA BOLEH!!! Kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan KUNING sejak 4 tahun ini..(Tempat ke-3) Kini KUNING bukan lagi pasukan bawahan..Tunggu tahun depan kami akan membuat kejutan lagi...Hehehehehe...