Sunday, March 28, 2010

Sirih pulang ke gagang...

Fuh...Sudah lama aku tidak mencoretkan apa-apa didalam ruangan blog ini..Bukan kerana sibuk bukan kerana tiada masa dan bukan kerana tiada idea..Tapi kerana aku sudah mula menjadi PENAGIH..!!! Ahahaha agak ganas bunyinya..Tapi itu realiti...
Aku adalah penagih facebook..Tambahan dengan game farmville..Maka tiada masa untuk menulis..Hahahaha....
Apapun aku akan kembali merancakkan kembali rapuan aku didalam blog ini..Tunggu..( Chewah cam ada pembaca saja..)
Ok see u yah...

Sunday, February 7, 2010

Cepat dan Gelabah

Pada hari ini aku telah membuat satu kerja yang boleh dikategorikan sebagai BA WAW DAL WAW HA...Ha apa bunyinye anak-anak..........?? Haaa pandai pon..Tak tahu mengapa tiba-tiba jer aku boleh berpelakuan begitu..Kesnya nak cepat sebab sebab takut jammed melanda Jambatan Pulau Pinang..
Alkisahnya......Weekend ni aku ke Georgetown Penang untuk beberapa urusan peribadi..Jadi alang-alang ke sana maka tidak lengkap kalau tak ber'sibai' di Queensbay Mall yang terletak berhadapan dengan Pulau Jerejak ini..Mall ini dikatakan ke-2 terbesar di Malaysia..Kalau nak ronda satu mall ni alamatnya lucut laa kepala lutut ni..Menjadi kebiasaan Queensbay Mall ini akan sesak bila tiba hari minggu..Tambahan Gong Xi Fa Cai akan disambut tidak kurang seminggu dari sekarang..Maka berduyun-duyunlah manusia mengunjungi mall ini..Siap bawa Tok Penghulu dan Tok Penggawa lagi datang..Maka aku pun menambahkan bilangan manusia yang datang ke sini..Waktu ini aku dah nak balik ke Parit Buntar..Sedang aku berjalan-jalan mencuci mata (bukan usha awek yeee) melihat pelbagai barangan yang dijual..Maka aku terlihat satu kedai ni di penuhi ramai manusia..Maka aku pun menyibuklah sekali...Bila aku dekati kedai dalam mall ini..Barulah aku tahu mengapa manusia bagai dirasuk jembalang mengerumuni kedai ini..Rupanya ada less sehingga 70%..Menarik ni..Maka aku pun terpanggil untuk melihat barangang yang dijual..Antaranya tali pinggang, necktie dan aksesori lain..
Memandangkan aku memang berniat untuk membeli tali pinggang..Maka aku serveylah tali pinggang yang ada..Beraneka jenama ada, Dunhill,Alfio Raldo, Gemini, Swiss Polo dan bermacam lagi..Aku tengok sticker kat atas almari tali pinggang ni ada tertera less 50%-70%..Wow dahsyat tu..Takpa rileks dulu..So pergi pulak ke rak necktie..Waaa mengancam tenunan dan kainnya..Kalau pakai, terasa cam Menteri Pelajaran pulak..Heheheh...Dalam asyik servey barang tu..Alamak!!! Baru aku teringat yang aku nak cepat..Kang jammed kat tengah jambatan kang..Mampos aku..Maka aku pon pergi ke almari tali pinggang tadi aku ambil lah satu tali pinggang yang memang aku aim sedari tadi..Tanpa aku melihat harganya..Sebab tadi aku dah tengok..Harganya RM99.00..So kalau dah less..Mungkin tak sampai RM60.00..Dengan yakinnya aku ke kaunter pembayaran..Sampai di kaunter..Adusss...melonggok orang kat situ..Tapi ada satu kaunter lagi yang dibuka khas untuk pengguna visa dan mastercard..Jadi aku tak mahu lengahkan masa..Terus aku ke kaunter itu sebab tak ramai orang beratur disana..
Aku hanya pikir keadaan jambatan pulau pinang..Sebab aku pernah tersangkut dalam jammed disana..2 jam lebih duk atas jambatan tu..Aku serik..Maka tiba giliran aku..Aku hulurkan kredit kad aku untuk di gores..Aku t.t tanpa melihat apa yang tertulis pada bil itu dan terus meluru keluar dan terus balik ke Parit Buntar...Alhamdulillah tak berapa jammed lagik...
Sesampainya aku di rumah Parit Buntar...Aku pun membuka beg kertas tali pinggang tadi dan aku buka kotaknya..Waaa memang cantik..Eh tapi ini lain yang aku tengok tadi...Tapi takpalah..Janji puas hati..Pulak-pulak less 50%..Hehehe..Gembiranya...pakai tali pinggang yang berjenama..Bukan senang..Inilah nak merasa..Itupun sebab ada less..Kalau takda less..Pakat tengok jerk laa...Memang puas hati laaaa...
Ok cerita BA WOW DAL WOW HA tu bermula disini..Selepas aku menunaikan solat Asar..Tiba-tiba aku teringat nak tengok bil tu..Berapa harga sebenar tali pinggang tu selepas di tolak 50%..Aku pun menyeluk poket seluar..Hah!! Jumpa pun..Aku buka lipatan yang teronyok tu.Bila aku tengok..Ya Allah!!!!!! Betul ke apa yang aku lihat ini..RM159.00!!!! Less apa ke jadahnya..Aku pergi mendapatkan tali pinggang tadi..Bila aku amati..Baru aku teringat..Rupanya aku tersalah ambil tali pinggang!!!! Aku terambil kat almari yang takde less..!!!!!!!! Yang less jadi tak less pulak...Waaaaa.....omma oppa kou meng ngaaaaa!!!!!!

++Inilah tali pinggang yang aku tersalah ambil..Rasa tak mahu pakai..Nak letak dalam frame untuk tatapan jerk....Waaaa....++

Moralnya..Jangan gelabah sampai bangunan runtuh pun tak sedar...Lepas ni aku akan lebih berhati-hati...Tapi perasaan puas hati tadi bertukar jadi puas rugi...!!!! Waaaa....Padan muka aku...

Wednesday, February 3, 2010

Kejohanan Trek dan Padang 2010

++Aku dan Ketua Guru Rumah Hijau++
++Tarik..Tarik..Akhirnya menang..Rumah aku juara keseluruhan acara tarik tali..Laki dan perempuan...++

++Pasukan perbarisan Rumah SATRIA (Kuning)..Dapat No.2..Cute maskot kami SPONGE BOB..++

++Aksi Martial Art yang ditunjukkan oleh anak buah aku..Koreografi ciptaan aku..Poyo tak?? ++


++Bergambar dengan barisan dayang-dayang perbarisan Rumah Kuning..++


++Bergambar dengan maskot Rumah Hijau Shrek dan Princess Fiona..Huhuhu..Comel Princess Fiona tu..Padanlah dengan Shrek..++

++Barisan pegawai kejohanan..Dah letih berdiri..Last-last duduk kat tengah trek..Hahaha..++

Apapun tahniah kepada semua yang terlibat dengan Kejohanan Trek dan Padang 2010, kerana telah menjayakan kejohanan yang berlangsung dengan gilang gemilang...

Juga kepada semua kontinjen Rumah Kuning (SATRIA). kerana telah membuktikan bahawa ANDA BOLEH!!! Kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan KUNING sejak 4 tahun ini..(Tempat ke-3) Kini KUNING bukan lagi pasukan bawahan..Tunggu tahun depan kami akan membuat kejutan lagi...Hehehehehe...

Sunday, January 31, 2010

Percutian...

++ Mak dan Adik ( Adik bongsu ) ++

++ Tengok apa tu Phia ?? ++

++ Amboi ramai bodyguard kamu ye Phia?? ++

Bila sebut pasal cuti, maka bermacam-macam perkara yang menjengah di kotak fikiran..Ada yang nak melepak sahaja dirumah, bagi kaki jalan..Maka memang tak duduk diam..Nak berjalaaaaan saje...Jadi bersempena cuti akhir tahun baru-baru ni..Aku mengajak family aku untuk bercuti..Kemana??? Haaaa....dekat jer..Bukit Gambang Water Park...Memang cantik tempatnye...Ala-ala Sunway Lagoon camtu laaaa....
Alkisahnya, destinasi ni memang sudah lama bermain dibibir aku..Tapi waktu dan keadaan membataskan niat..Tapi akhirnya plan itu berjaya juga...Heheheh...Kami bertolak seawal jam 10.00 pagi dengan 2 buah kereta..Konvoi kami tiba di BGWP tepat jam 1.00 tengahari..Alhamdulillah takdalah ramai orang..So kami masuk dengan cepat dan senang...Tiket masuk agak murahlah..RM19.90 untuk dewasa dan RM12.90 untuk kanak-kanak..Tapi dengar-dengar khabar, tarif masuk akan dinaikkan tahun 2010..So itulah sebab aku beriya ajak pergi awal..Hehehe..Kalau tidak tebal lagi laa duit kene keluar..Hehehehehe...

++ Abah dan Mak ++

Ok mula-mula masuk tu..Peghok laa sket..Iyer laaa tak biasa main air ramai-ramai..Selalu mandi Sungai Pahang ngan kawan-kawan jerk..Pakai seluar pendek tanpa pikir panjang..Terus terjun..Tapi situasi disini berbeza..Tengok orang pakai seluar tak cukup kain..Buat aku pikir kali kedua..Tapi kalau malu..Bile lagik???!! Apa lagi aku pon tukar pakaian dengan berseluar trek dan baju t-shirt..Nampak kampung jerk..Tapi haku peduli ape..Aku bayar aku punye suke laaa...Heheheh...Mula-mula malu juga..Cuma bermain di gigi air saje..Tapi lama2..Sakan pulak..Ngalahkan budak-budak...Hehehe sampai kembang kulit dijari kaki dan tangan...Hehehehe..Poyo tak??

++ Alahai Phia..Bile laa pok sedaro ko ni nak naik..Letih dah nenek tunggu ni..Waaa.. ++

Thursday, January 28, 2010

Semak..

++Ini Cikgu Wana dan Cikgu Zu..Awat lagu tu??Cam ada masalah je korang ni??++

Alhamdulillah kasi ini aku berkesempatan lagi untuk meng'update' rumah mayaku ini..Hati memang ingin mengusainya lagi..Tapi dek bebenan waktu membataskan niatku beberapa ketika..Akhirnya aku dapat juga mencelah disebalik celahan schedule yang padat tiada nampak kesudahannya..
Tinggal sehari lagi untuk persiapan Hari Kemuncak Sukan Peringkat Sekolah yang akan diadakan Sabtu ini...Jadi kelam kelibut guru-guru dan pelajar yang bertungkus lumus bermandi keringat bekerja keras bagi memastikan acara sukan pada tahun ini menempa sejarah baru..
Petang tadi aku melatih acara perbarisan untuk sumah sukanku..Aku telah menetapkan jam 5.00 petang, semua pelajar yang menyertai perbarisan berkumpul di kantin..Setibanya aku di sekolah pada jam 4.45 petang aku mendapati pelajar yang mengambil bahagian tidak lagi kunjung tiba..Jadi aku menunggu penuh sabar..Dikala itu, sempat juga aku memerhatikan betapa 'pulun'nya rumah hijau,biru dan merah berlatih untuk acara perbarisan..Naik gerun aku melihat kesungguhan mereka..Dalam diam tak diam, sudah hampir 20 minit aku menanti di kantin sekolah, namun pasukan perbarisan rumah aku ( kuning ) masih belum menampakkan batang hidung mereka...Semangat yang ku bawa sedari aku dari rumah makin memudar..Ammarah pula yang merobek dada..Aku memanggil ketua pasukan dan mengerahkan mereka ke kantin dalam masa 5 minit..Suaraku dari perlahan bertukar kasar..Lintang pukang ketua pasukan mencari anak buahnya..
Mereka semua berkumpul tepat jam 5.35 petang..Aku yang sudah berpeluh menahan marah, masih bersabar dan menyimpan nafsu ammarahku..Aku mengarahkan mereka berbaris di dataran kejat..Apabila baris sudah diluruskan, aku dapati 5 orang pelajar masih belum sampai..Aku mengambil langkah drastik dengan mengambil pelajar baru secara ad-hoc...Maka dengan kelantangan suaraku, aku mengarahkan mereka membentuk barisan dan membetulkan langkah...Suaraku makin meninggi..Kelihatan beberapa orang pelajar merenyuk muka menyembunyikan rasa gementar..( tulaaa sapa suruh lambat )...
Tak silap aku, lebih 20 kali aku suruh mereka ulang alik dalam barisan..Ini bagi menyeragamkan pergerakan kaki dan tangan...Bukan aku paksa mereka sedemikian..Tapi memandangkan waktu yang hanya tinggal seinchi..Memaksa aku berbuat demikian..Ada pelajar yang hampir pengsan..Maka aku suruh mereka berehat seketika...
Setelah agak berpuas hati dengan komitmen yang mereka tunjukkan..Aku mengarahkan mereka bersurai..Tapi dalam hati, rasa puas tidak langsung terasa....Esok latihan terakhir..Kalau lambat lagi...Aku tak tahu laaaaaaaa......

p/s: Apapun terima kasih kepada Cikgu Wana yang sudi belanja aku makan di Strawberry Cafe..Sian dia sebab aku makan sampai 2 menu..Pokai duit dia...Hahah tula sapa suh belanja aku makan....Nanti belanja lagi yeeee....

Monday, January 25, 2010

Padat....

++ Aku bersama Ketua Guru Rumah Hijau. Ust Azri++


++Aku ketika menjadi Ketua Hakim Lontar Peluru++

Awal tahun ini, aku sibuk dengan program sekolah..Tambahan acara sukan dicepatkan dan perlu dihabiskan dalam bulan ini juga. Ini memandangkan sekolah aku dimandatkan untuk menjadi tuan rumah bagi kali kedua berturut-turut untuk MTQ Peringkat Daerah Zon 2..Maka taqwim sekolah agak padat bagi tahun ini..
Pagi P&P berjalan seperti biasa dan sebelah petang akan dijalankan acara sukan, pada hari ini acara yang berlangsung ialah lontar peluru perempuan akhir, lompat kijang lelaki akhir dan lompat jauh perempuan akhir..Penyusunan atucara agak kelam kabut..Aku selaku guru penasihat rumah Satria ( Kuning ) dan sahabat guru penasihat yang lain berpeluh menyusun atlet untuk dihantar..Kalau diikutkan acara tarik tali akhir juga dipertandingkan pada petang ini..Tapi memandangkan venue tarik tali tidak memuaskan maka ia ditangguhkan pada Sabtu ini..
Habis cara bagi memastikan rumah Satria menjuarai sebanyak mungkin acara. Berserah sahaja kepada Allah moga ia dipermudahkan..Untuk pengetahuan semua, rumah Satria sudah 3 kali menjuarai tangga terbawah dalam 4 buah rumah yang mengambil bahagian..Jadi pada tahun ini, anjakan paradigma ( cheeeewah ) dilakukan bagi memastikan rumah Satria tidak lagi menjadi calon favourite untuk menghuni tangga terbawah...Laungan semangat Kuning Juara...Kuning Juara...Acapkali dilaungkan dengan begitu bersemangat..Tapi apakah laungan itu akan menjadi kenyataan atau hanya tinggal laungan...Kita tunggu dan lihat...
Bagi acara pembukaan iaitu merentas desa, rumah Satria tidak dapat menyaingi 3 rumah yang lain..Ketinggalan jauh ditempat ke-4..Tapi kemarau ini dapat diatasi bagi acara yang seterusnya dengan mendapat tempat ke-2 keseluruhan..Tapi itu, bukan tiket untuk Satria merubah kedudukannya...Apapun kita tengok apakah kesudahannya nanti..Apakah Satria mampu merubah nasib mereka...Kita tunggu dan lihat......

Al-Kisah...Lama..Kurun..Dekad..Abad..

++Labu Sayong yang siap untuk dijual++
Assalamualaikom..
Huh jenuh mengusai blog ni yang penuh sawang..Lama sungguh tak dijengok mahupun dilawat..Alkisahnya bermula dengan masalah internet dirumah dan di tempat kerja..Bukan tidak bayar bil tau!!! Tapi ada sebab penyelenggaraan yang memakan tempoh yang agak panjang..Jadi....Kini aku kembali mengisi rencah dalam blog yang usang ini...
Baru-baru ini aku didatangi oleh tetamu yang istimewa..Siapa?? Hahaha mereka ialah kedua orang tua dan adik aku...Mereka stay dirumah bujang aku selama dua hari. So aku pun bawalah mereka ke Padang Kota di Georgetown, Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Bukit Chandan, dan Sayong ( tempat orang buat labu sayong )...Setelah puas berjalan, aku pun bawa mereka ke Mak Teh Mi Udang ( alaa yang keluar TV3 tu ) Mi udang dia memang mantap...Hehehe siapa nak cuba mailah cek bawak..Hehehe..

++ Adik aku bergaya di hadapan kereta rasmi Sultan Perak++

Untuk pengetahuan, rumah aku ni tinggi..Tingkat 4..Dah la takde lif..So kena naik tanggalah..Kesian mak dan abah aku tu pulun duk panjat.Durasi mereka untuk naik sampai kerumah aku ni memakan masa dalam 15 minit..Hehehe termengah-mengah..Kesian..Takpe mak abah, nanti saya cari rumah bawah pulak yee...Heheheh...

++ Inilah parent aku++
Labu sayong yang dijual di sayong jauh lebih murah harganya jika dibandingkan ditempat lain...