Monday, January 25, 2010

Padat....

++ Aku bersama Ketua Guru Rumah Hijau. Ust Azri++


++Aku ketika menjadi Ketua Hakim Lontar Peluru++

Awal tahun ini, aku sibuk dengan program sekolah..Tambahan acara sukan dicepatkan dan perlu dihabiskan dalam bulan ini juga. Ini memandangkan sekolah aku dimandatkan untuk menjadi tuan rumah bagi kali kedua berturut-turut untuk MTQ Peringkat Daerah Zon 2..Maka taqwim sekolah agak padat bagi tahun ini..
Pagi P&P berjalan seperti biasa dan sebelah petang akan dijalankan acara sukan, pada hari ini acara yang berlangsung ialah lontar peluru perempuan akhir, lompat kijang lelaki akhir dan lompat jauh perempuan akhir..Penyusunan atucara agak kelam kabut..Aku selaku guru penasihat rumah Satria ( Kuning ) dan sahabat guru penasihat yang lain berpeluh menyusun atlet untuk dihantar..Kalau diikutkan acara tarik tali akhir juga dipertandingkan pada petang ini..Tapi memandangkan venue tarik tali tidak memuaskan maka ia ditangguhkan pada Sabtu ini..
Habis cara bagi memastikan rumah Satria menjuarai sebanyak mungkin acara. Berserah sahaja kepada Allah moga ia dipermudahkan..Untuk pengetahuan semua, rumah Satria sudah 3 kali menjuarai tangga terbawah dalam 4 buah rumah yang mengambil bahagian..Jadi pada tahun ini, anjakan paradigma ( cheeeewah ) dilakukan bagi memastikan rumah Satria tidak lagi menjadi calon favourite untuk menghuni tangga terbawah...Laungan semangat Kuning Juara...Kuning Juara...Acapkali dilaungkan dengan begitu bersemangat..Tapi apakah laungan itu akan menjadi kenyataan atau hanya tinggal laungan...Kita tunggu dan lihat...
Bagi acara pembukaan iaitu merentas desa, rumah Satria tidak dapat menyaingi 3 rumah yang lain..Ketinggalan jauh ditempat ke-4..Tapi kemarau ini dapat diatasi bagi acara yang seterusnya dengan mendapat tempat ke-2 keseluruhan..Tapi itu, bukan tiket untuk Satria merubah kedudukannya...Apapun kita tengok apakah kesudahannya nanti..Apakah Satria mampu merubah nasib mereka...Kita tunggu dan lihat......

2 comments:

LINA said...

InsyaAllah dengan sentuhan cikgu baru ni anjakan paradigma akan berlaku (eceh)

Chenoreans said...

eeewah...terANJAK laa sgt....hehehehe..kalo payoh nak anjak...LEMPO jerk laaa senang...hahahah