Ahhhh sudah lama aku tidak mengentrikan apa-apa dalam blog aku..Ini kerana memandangkan kerana kesibukan ( bukan sibuk pun ) dan connection internet yang tidak mengizinkan..Brodband aku slow dan down gile!!!!..Poyos betul...
Ok bebaru ini iaitu pada 7-9 hb Disember aku fly ke Sabah atas beberapa urusan..Aku ambil tiket pakai online booking dengan AirAsia...Iyer laaa The Best low-Cost Airline in the world...Low-Cost pun, tiket return cecah Rm700 juga.
So untuk jurney aku selama 3 hari 2 malam ini tidak banyak program yang aku rangkakan...
Aku depart pada jam 5.10 petang dari LCCT Sepang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 7.40 malam..
Kedatangan aku disambut oleh sahabatku..Siapa lagi kalau bukan Acheq..So dia tanpa berlengah terus membawa aku ke hotel untuk aku berehat...Nama hotelnya kalau tak silap ialah Hotel Victoria, berdekatan dengan Jalan Sentosa..Kebetulan sesampainya aku disitu ada 'tamu' berlangsung..Banyak barang yang dijual disana...
Sampai masa untuk check-in aku ditempatkan di tingkat atas..Tingkat 3 tu!!!Letih mahu naik tangga bah!!!Lif tiada!!!Heheh aku terus berehat dek kerana keletihan...Aku mandi dan lepas tu aku turun untuk mencari sesuap nasi..Lapoooo weh!!! Masa ni aku ditinggalkan oleh sahabat aku..Kerana dia ada komitmen lain...So aku pun berjalanlah bersendirian tanpa arah tujuan..Aku masuk ke dalam tamu yang berhadapan dengan hotel..Banyak barangan yang lip-lap didepan mata..Especially barangan mutiara..Tapi tidak aku layan, kerana aku tahu barangan yang dijual disitu mahal..Aku kene tunggu Acheq dulu..Sebab dia orang sini..Mesti dia tahu selok belok disini...
Okey, skipkan cerita, keesokannya aku bangun jam 6.40 pagi, selak langsir..Alamak!!!Dah cerah!!! Eh biar betul...Ahh aku terlupa bahawa waktu tempatan sebenarnya awal satu jam..Heheh so kira subuh gajahlah aku nampaknya..So setelah aku mandi dan setelkan apa yang patut, aku turun untuk sarapan..Masa ini aku masih sendiri, sebab Acheq tidak kunjung tiba lagi..Aku makan di kedai mamak berhampiran dengan hotel..Makan mee goreng mamak dan nescafe ais..Harganya Rm6.30!!! Perrrggh mahalnya...Sabo jerk laaaa....Untuk pengetahuan semua, memang banyak barangan di Sabah dan Sarawak agak mahal jika dibandingkan dengan harga kita di semenanjung..So tidak hairanlah tu..Dulu aku di Kuching pun makanannya mahal juga..
Lepas sarapan, aku merayau di kawasan berdekatan, bukan apa..Untuk cari hotel baru..Hotel yang aku tidur malam tadi tak best langsung...So dan belenjan peluh, barulah aku jumpa..Cititel Ekspre Hotel..Terletak di tengah Asia City...Dengan harga yang berpatutan RM128 semalaman, ia sudah memadai bagi aku...So dengan tidak melengahkan masa aku terus ambil bilik..
Setelah berpindah ke hotel baru, aku terus menyewa kereta..Harganya RM120 24jam..Kereta viva..So apa lagi aku dan Acheq terus memandu ke Kundasang dan Ranau...Untuk melihat Gunung Kinabalu..Di awal perjalanan, harapanku hampa kerana Gunung Kinabalu dilitupi awan tebal..Uhh!!! Sebab orang tempatan cakap, kalau ingin melihat Gunung Kinabalu kena pergi pagi..So dengan berat hati aku meneruskan perjalananku ke Kundasang..Singgah di Kundasang untuk membeli buah-buahan segar..Jarak masa antara Kota Kinabalu ke Kundasang lebih kurang 1 jam 40 minit..Jalan nak kesana??? Pergghhh memang mencabar..Turun bukit naik bukit...Heheh naik semput viva tu, kerana membawa orang yang ringan macam aku...Akhirnya aku sampai juga ke Pekan Ranau, orang kata, orang-orang ranau mempunyai suara yang sedap..contohnya Nazrey Johani ( bekas vokalis Raihan ) berasal dari sini...Tak lama aku di Ranau sebab hari sudah petang..So aku berpatah balik ke Kota Kinabalu...Dalam perjalanan balik..Aku rasa doaku dimaqbulkan..Kerana Allah telah memperlihatkan aku keindahan ciptaannya...Akhirnya aku dapat juga menikmati pemandangan Gunung Kinabalu di waktu senja..Pergghh memang cantik!!!!! Subhanallah agungnya ciptaanmu tuhan...
Letih dan lesu yang tadi menodai diri kini seakan lenyap dek kerana panorama Gunung Kinabalu yang memukau...Puas hatiku..Tak sia-sia kedatanganku ke Sabah Negeri Dibawah Bayu ini...
Lepas puas menikmati pemandangan Gunung Kinabalu, aku pun balik menuju ke Kota Kinabalu.
Singgah makan kat gerai di Kota Kinabalu then balik hotel...??badan dah letih..Apa lagi..Tidur laaaa...
Keesokannya paginya aku ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu..Atau nama tempatan " Pasar Filipin "..Sebab rata-rata penjualnya ialah orang Filipina..Segala mak nenek mutiara, dan barang-barang kraftangan lain dijual di sana..Sempat juga aku membeli belah disitu..
Oklah ini dulu coretan aku di Sabah..Ada masa nanti sambung balik..Aku pun tak paham apa yang aku tulis..Harap dapat difahami oleh pembaca ( ceh! adaka pembacanya ) hehehe..
Ok aku ada tugasan sukarelawan dengan JAKIM..Jumpa lagi..Assalamualaikom..
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ingatkan tuan rumah dah jual rumahnya, ropenya ada lagi.
Ke saboh weh awk yek!bestnya. Atas urusan apa tu? ke sesaje jln2. Datin kama mesti pesan mutiara tu.
lame bebeno dah kome xupdate.takde masa tmbahan ade masalah dengan tenet...heheh ade laa datin kama pesan mutiara...saje je jln2..
Post a Comment