Sunday, November 29, 2009

Kesempitan..Kesuntukan...

Sebenarnya aku memang banyak perkara yang nak aku kongsikan disini..Tapi almaklumlah...diri ini biarpun mudah tapi penyakit lupa menghantui diri...Sebenarnya bukan lupa..Tapi tak cakna...Dahlah nak update blog ni kene mengharungi onak dan ranjau berduri....Terpaksa ke Temerloh dari Chenor...Chenor ni bukanlah kuno sangat..Tapi dek kerana pokok yang merimbun maka coverage internet tak berapa sampai ke situ..Hehehe ( Pandailah cover )..Hah..Berbalik kepada perihal updating blog aku tadi..Aku terlupa bawa wayar pengecas laptop ni..Bateri pun dah nak abih..Tinggal nyawa-nyawa ikan jer..Anak harun.....!!!! Bandar Temerloh yang indah permai ini pula..Nak mencari cyber cafe, takde pula yang open..Sah!!! Beraya sakan orang cyber ni...So aku terpaksalah memaksimumkan bateri laptop aku ni sehingga ke titisan darah yang terakhir..Hehehe..
Ok bercerita ringkas pasal raya korban ni..Aku berkesempatan nak attach gambar..Nantilah aku masukkan kemudian...Sebab takde peluang..Bateri laptop nak habis...
Tahun ni family besar aku buat korban 2 ekor lembu..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..
Pada pagi hari raya aku dan mak serta adik beradikku pergi ke Bukit Damar...Eh!!! Bukan nak mencari damar...Tapi beraya laaaa...Dirumah nenek saudaraku ( Adik kepada wan aku )..Lama juga aku tidak kesana...Apabila dah berada disana, aku bertemu dengan beberapa orang saudara mara disana...Makanan yang dihidang memang best dan mantap laaaa...Laksam oooo...Sllluuurrrpp memamg menyelerakan..( Tapi bagi aku semua yang boleh dimakan memang menyelerakan )...Hehehehe...
Duduk bersembang dengan mereka, maka banyaklah cerita yang dibincangkan..Antara yang menjadi topik panas ialah, NIAT...Hehehe bila difikirkan nak tergelak pun ada..Tak payah sembahyang..Just niat sudah memadai..Tak payah puasa...Just memadai dengan niat...Waaa best tu...Ekspress dan mudah..Tapi betul ke tu???? Haaa nanti aku akan bincangkan kemudian...
Kepala otak aku sekarang ni tak berupaya nak elaborate ayat or cerita yang panjang..Sebab aku berhadapan dengan muka mamak yang berserabai didepan sama...Aku pusing ke belakang pulak..Daaaah nampak macha sedang menebar roti...Pergghhh berkilat...Ehh bukan rotinya..Tapi tangan dan mukanya...Hilang selera otak aku...Hehehe..Pasti dengan budak-budak kat sebelah sana yang takde telinga..Bising nak mampos..Ntah apa yang diborakkan tak tahu laaa..Sabar....Ni hari raya korban...Kalau hilang sabar..Ade yang menjadi korban..Ok laaa aku nak balik..Tak best laa tempat ni...Nanti kene cari port baru yang baik punya...Ok jumpa lagik...Papai...

Tuesday, November 17, 2009

Jenuh...

Hujan turun lagi..Bumi Parit Buntar basah sejak seminggu ini. Dikatakan bahawa, Mikail A.S membawa turun rezeki daripada Allah SWT melalui hujan..Kerana hujan adalah punca kepada segala rezeki..Mengapa?? Kerana dengan hujanlah dapat menyuburkan tanah, memberi bekalan air yang secukupnya kepada makhluk bumi..Tanpa hujan?? Maka bumi akan kontang dan tidak subur..Ini sudah pasti menyulitkan keadaan, seterusnya jika hujan tidak turun, maka akan matilah segala makhluk bumi, termasuklah manusia..Tapi bagaimana kalau hujan tak berhenti-henti dan mengakibatkan banjir?? Haaa itu lu pikirlah sendiri..Allah berfirman dalam Quran yang mafhumnya.." Jika kamu bersyukur, maka aku akan tambahkan rezeki kamu, dan jika kamu kufur( tidak bersyukur), maka ingatlah azab-Ku amatlah pedih".Fikir-fikirkan..Manusia ni memang banyak kerenah..Kalau hujan pun mengeluh, tak hujan pun mengeluh...Jadi mau apa???!!! Apa jua keadaan yang melanda..Maka basahilah lidah dan bibir itu dengan lafaz keramat..Alhamdulillah..Haaa itu tanda orang yang pandai bersyukur...

Ok itu mukaddimah aje..Saja..Sebab dalam kesejukan ni..Fikirannya melayanglah..Kadang-kadang aku tak tahu nak tulis apa kat sini..Tapi kalau tak tulis..Dia tak puas..Rasa nak tulis juga..Haaa kalau dirujuk kepada mak aku..Gerenti dia akan kata, penyakit GATEEE(gatal)...Huhuhu...

Apa yang berlaku hari ini??

6.00 pagi - Bangun tidur
7.00 pagi - Bertolak ke sekolah
2.30 tghari - Balik kerumah
3.30 - 5.00 petang - Megheluh ( Tidur )
8.00 - 10.00 malam - Pusat Bimbingan Mumtaz ( PBM )
12.30 tghamalam - Megheluh sekali lagi..
6.00 pagi - Esok??? Agak-agak masih boleh bangun lagi ke tidak? Hanya Allah saja yang tahu..

Haaaa inilah rutin aku , boleh kata setiap hari..Tidaklah penuh sangat..Asalkan tidak membuatkan aku rasa bosan...

- Ragam di Pusat Bimbingan Mumtaz -
Pusat ini aku buka secara usahasama bersama kawan-kawan aku

++Telatah Kimie, Alia dan Zaffuan..Apalaa yang sebok sangat tu++

++Zarif sebok mengajar kawannya si Aiman mengeja++


++Haa mai beli..Barang murah nie..Hang beli satu dapat satu hehehe..Alia (tengah) paling kuat buat bising dan pandai bercakap++



++Zarif nak balik ke tue..Budak ni memang manja dengan aku..Kalau nak mengaji mesti nak duduk atas riba..Hehehe..3 tahun umurnya++


++Haa inilah pintu masuk ke Pusat Bimbingan Mumtaz yang aku dan kawan buka di Taman Kerian Permai++

Dah masuk 2 tahun pusat ini beroperasi..Banyak kenangan pahit manis semasa mula-mula membuka pusat ini.Kami menyewa di rumah kedai ( Tingkat atas ) di Taman Kerian Permai.

P/S : Mak Ndak LINA. pasal demo tu nanti kita bincangkan yeeee....

Monday, November 16, 2009

Terkejar-kejar...

Pagi ni aku masuk lewat ke sekolah, dek kerana sakit perut...(ala lewat 5 minit aje)..Sesampainya aku disekolah, aku dipanggil untuk menghadap pengetua..Ahh sudah..Ni mesti kes masuk lambat ni..Sekolah aku ni ala-ala tentera..Disiplin kena jaga terutama bab MASA..(Disiplin laa sangat)..Aku pun merangka idea-idea yang bernas untuk menjawab soalan pengetua nanti..Hehehe..Sampai aku ke pejabat, aku terus masuk ke bilik pengetua..Aku sudah bersedia dengan jawapan yang cukup meyakinkan..Apa jawapannya?? Sakit perut...Hehehe...Tapi tak sempat aku berbuat apa-apa, dia menghulurkan beberapa helai kertas kepadaku..Aku mengambilnya sambil hairan, "Enta kena bertolak ke Teluk Intan sekarang juga..." Kata pengetua..Ahhhh aku kena hadiri Mesyuarat Penyelarasan Pra-U di Teluk Intan pagi ini..Mengejut dan diminta segera..Aku pun tanpa lengah menyahut komitmen itu seadanya..Dalam hati..Adusss baru nak setelkan markah budak..Daaaah kena outstation pulak..Aku terus mencari rakan sejawatku Ustaz Hj Halim, aku ajak dia sekali ke mesyuarat tersebut..Tapi Teluk Intan bukannya dekat. Parit Buntar bandar terakhir di sebelah utara, manakala Teluk Intan merupakan bandar terakhir sebelah selatan Perak...Uhhh Jaraknya ialah 200 KM. Jadi, kami meredah kebasahan hari untuk memberi komitmen terhadap apa yang diarahkan..Jam 2.15 petang kami sampai ke destinasi..Masa yang diambil ialah hampir 4 jam. Kami ikut jalan kampung, jadi lambatlah sampainya...Heheh..Rileksss...Ok aku tak mahu cerita apa yang dimesyuaratkan..Bukan apa, menyerabut dan memeningkan kepala saja..Apa yang aku nak cerita ialah apa yang berlaku selepas mesyuarat.

Mesyuarat habis dalam jam 4.45 petang. Aku mengambil peluang ini untuk meronda bandar Teluk Intan yang merupakan bandar ke-3 terbesar di Perak..Aku bukan nak cari kain ke,baju ke or kasut...Tapi yang aku nak cari ialah Menara Condong Teluk Intan..Setelah seketika menjejaki menara itu akhirnya ketemu jua...Waaa inilah kali pertama aku melihat menara ini dalam hidupku..Dulu sewaktu aku menuntut di luar negara, aku berkesempatan melawat Menara Condong Pisa di Florence,Italy..Tapi kali ini, berkesempatan melihat sendiri bahawa di negara kita juga ada menara condong yang tak kurang condongnya...

++Menara Condong Teluk Intan..Atee condong beno yee yob...++

Ok setelah puas menikmati panoramana Menara CondongTeluk Intan (ceh camla pegi dekat ke menara tu, padahal duk amik gambar dalam kereta je hehe) , aku meneruskan perjalanan untuk ke Pasir Salak, dimana tempat JWW Birch di tikam oleh Si Puntum..Agak terlewat, tempat bersejarah itu telah tutup..Malang sungguh nasibku..Maka aku pulang pasrah..Takpe ada rezeki aku akan datang kembali...

Ok semasa perjalanan pulang..Aku singgah untuk membeli Raja Buahan..Apa lagi Durian laaa atau bahasa tempatan di sini dikenali dengan Deghoyan..Kata orang, kalau datang Teluk Intan, tak sah kalau tak beli duriannya yang memang sedap..Kebetulan sewaktu dalam perjalanan untuk pulang, aku ternampak seorang pakcik yang baru keluar dari dusunnya dengan sebakul durian..Aku pun berhenti..." Deghoyan ni nak jual ke pakcik??" Tanyaku meniru loghat Perak biarpun bunyinya agak janggal.." Iyye lee atee idok lee teman nak menayangkan ajee.." Jawab pakcik tu selamber..Haaa dah kena sebijik(Kurang asam tol pakcik ni)..Aku tersenyum tanda terkena..Hahaha.."Haaaa kalo begitu beghape biji lee sepuloh ringgit?? Tanyaku bersungguh.."Kire teman jual ghege kampung ler...Haaa ini dia sepuluh ringgit..."Kata pakcik tu ikhlas..Waaa banyaknya...Siapa nak makan ni???Kawan aku pulak tambah lagi sepuluh ringgit..Jadi RM20...Sampai penuh bonet kereta dibuatnya...Tapi durian fresh oooo..Bau dia, semerbak dalam kereta, sampai tak boleh bernafas..Hahahaha...Aku ambil dalam 4 biji jerk, sebab siapa nak makan banyak-banyak..Selebihnya aku kasi kat Ustaz Hj Halim..Lagipun dia ada isteri dan anak-anak dirumah...Huh...Nak nyampaikan takat ni pun mata aku dah kuyu bebeno...Ok laaa jumpa lagi...
++Hasil kutipan durian fresh pakcik tu,perghh baru-baru buahnye yee..++

++Haa nak letak kat mane lagi laa tuu..++

++Setelah menggunakan teknik ultraman,superman dan batman..Akhirnya terbuka juga durian ni..Jenuh, sampai terkangkang, menonggeng nak ngupas sebiji durian ni..Hahaha++

++Pergghh berlemak,tebal isi cam aiskrim..Rasanya??Manis woii..Puas hati..++

P/S: Untuk Mak Ndak Lina, kalo mike nak makan deghoyan mehlaaa ke Paghit Buntoo ni...Heheheh...

Sunday, November 15, 2009

Hujan...Hujan...Banjir...


++Cover 2012++
++Tiket masuk panggung++

Sepanjang minggu ini cuaca di Parit Buntar ni hujan. Di dalam laporan kaji cuaca malam tadi, hujan di jangka turun sehingga minggu depan. Minggu lepas, rumah kawan aku Nadia dan Durah dimasuki air..Kesian..Jadi mangsa banjir kilat. Letihlah mereka mengusai rumah akibat dek banjir. Kawasan utara tanah air terutama Kedah telah pun dilanda banjir sedari minggu lepas. Jadi apabila hujan turun, maka tidak banyak aktiviti luar yang boleh dilakukan. Hanya terperap dalam rumah jelaa..Nak jemur kain pun susah..

Jadi pengisian aku weekend ini tak banyak. Petang Sabtu, aku menziarahi sahabat aku Din di Bagan Serai, untuk melihat anak pertamanya yang lahir bulan lepas..Comel babynya..Namanya tak silap aku Mohd Abid Danish...Waaa stylo namanya tu...Hehehe..Aku pergi dengan Epol dan Azmir. Setelah pulang dari rumah Din, aku terus ke Taiping untuk meneruskan schedule aku bersama Kumie..Ape pula program tu agaknya yaa...Menonton wayang laaaa apa lagi...Kami berjanji untuk menonton wayang di BIG Cinema, Taiping Central..Filemnya??? Haaaa memang best...2012...Fuh...!!!Memang best cerita dia...Animasi CGI dan grafik yang amat canggih..Memang real!!! Puas hati lah tengok.Aku ambil tiket 9.15 malam. Ingatkan ambil tiket malam tak penuh, rupanya aku dimaklumkan, bahawa pihak BIG Cinema terpaksa membuka ciniplex tambahan kerana gelombang 2012 terlalu dahsyat..Tiket malam pun penuh..!!

Ceritanya berkisar tentang Hari Kiamat yang dijangka akan berlaku pada 21 Disember 2012. Jangkaan ini katanya dibuat oleh orang purba Maya dahulu..Namun begitu, ramalan oleh orang Maya itu sedikitpun tidak diendahkan oleh masyarakat kini..Apakah akan terjadi?? Apabila kerak bumi berubah dan mengganas?? Peta dunia sudah menjadi baru.Apakah apa akan berlaku kepada penduduk bumi?? Haaa korang tengoklah sendiri....Tapi memang aku suggest korang tengok...

Tayangan berakhir tepat jam 12.15 tengahmalam. Perut pun lapar..So jom makan laaa...Kami berhenti makan di K-Corner..Tengah bandar Taiping..Hujan pulak tak berhenti-henti lagi..Bila hujan turun, maka bau longkang pun naiklah..Sama naik dengan aroma makanan yang kami tempah..(Sabo jerlaa..) Kak Sit (Kakak Kumie) belanja kami makan..Dah kenyang..Pastu apa pulak?? Haaaaaa baaaaalik laaaaa...Aku bertolak dari Taiping ke Parit Buntar pada pukul 1.30 pagi, sampai dirumah jam 2.15 pagi..Sampai rumah, terus membungkang laaaa...hehehe...Itulah ceritera pendek aku dalam rangka program weekend ini...Ok aku nak siapkan MEMO DALAMAN PRA-U..Papai...

Thursday, November 12, 2009

Planning...Pening...

++Tekun sangatlah gayenye tu hehe++
++ Bersama student aku 6 STPM Pra-U dan 6 STAM++

Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk..Yer laaa dah akhir tahun, so macam-macam benda nak kena buat..Making paper budak, perancangan program kecemerlangan untuk 2010, buku rekod, buku koko dan bermacam lagi...Semua kena dibereskan dalam masa ini.So, dengan kesibukan itu, menyekat waktu bebas aku untuk meng'entri apa-apa dalam blog...Ini pun aku 'skip' dari menanda paper..Blurr dah rasanya..Naik pening kepala membaca jawapan budak-budak yang terlalu tinggi imaginasinya...Huhuhu..Tengah tanda kertas, sambil ketawa sendirian...Kalau orang lain tengok, boleh dikateorikan aku ni dan naik isim ( gila )...Antara jawapan yang paling membuat aku tergelak ialah :

- Soalan :Nyatakan 4 golongan yang diharuskan berbuka puasa. ( Pend Islam Ting 2 ) -Jawapan :- Bila seseorang itu telah berniat untuk berbuka puasa di waktu tengahari.
- Orang yang 'beromen' pada waktu siang.
- Orang yang datang bulan.
- Orang yang tidak berkhatan.

Aku tak boleh bayangkan betapa tingginya ilmu ( merapu ) budak ini. Adakah aku cakap begini sewaktu dalam pengajaran??? Terkesima aku seketika...Aduh...Sabar aje laaa...

- Soalan : Nyatakan dalil naqli yang menceritakan berkaitan tentang kejadian alam semesta.
(PQS Ting 4 ).

- Jawapan : Camana ustaz dalil naqli tu? Apa beza dengan dalil aqli?


Ehhh...!! Kita tanya dia, dia tanya kita balik...Berkerut dahi aku dibuatnye..Menanda kertas jawapan budak-budak ni, membuatkan aku pening...Sabar lagi laaa jawabnya...Ada lagi jawapan yang ditanya lain, dijawabnya lain..Kalau tengok skrip jawapan bukan main tebal. Sampai takut menengoknya..Tapi jawapan sedemikian...Camanalah nak buat...

Ada pulak yang menjawab guna tulisan jawi, tapi sampai sekarang sepatah perkataan pun aku tak dapat bunyikan lagi.Apakah dia menggunakan bahasa halus??? Pening lagi aku........Huhuhu..
Bak kata pepatah, guru ni ibarat lilin membakar diri, tapi lain pulak jadinya pada aku..Bayangkan menanda kertas dibawah kipas syiling, siap pasang maksimum kelajuannya, tapi masih ber'juih' peluh..Haaa itu apa maknanya..Bukan membakar diri??? Kira kalau aku ditugaskan menanda kertas saja, mahunya aku kurus dengan masa yang singkat..Hahahaha..

Ramai orang kata, kerja guru ni senang. Mula kerja 7.30 dan balik 2.15. Gaji jalan..Cuti banyak...Haaa yer laaa tu...Kerja guru ni lebih letih dari kerja buruh kontrak tu..Diorang letih fizikal tapi guru letih mental...Letih fizikal takpe sebab menyihatkan, tapi kalau letih mental??? Haaa gilalah jawabnya...Apapun rezeki aku sudah ditulis untuk menjadi guru..Aku redha dan menerima seadanya tugasan dan amanah ini. Bagi mendidik anak bangsa yang tercinta..

Apapun, inilah rapuanku buat masa ini...Apa nak buat selepas ni??? Menyelak kertas jawapan budak-budak laaa yang menimbun kat sebelah laptop ni..Sampai penuh meja...Huhuhu..
Ok jumpa lagik dilain masa..Salam..Papai..

Tuesday, November 3, 2009

Alahai Pak Jais...


Bila kita sebut nama JAIS, pasti kita akan terbayang kepada banyak perkara. Nama penyanyi tersohor satu ketika dulu Ahmad Jais, JAIS juga adalah singkatan nama kepada Jabatan Agama Islam Selangor..Aku nak cerita berkenaan dengan isu JAIS menahan seorang cendikiawan Islam moden(kononnya) yang juga bekas Mufti Negeri Perlis iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Heboh isu ini diperkatakan oleh media dan banyak pihak, sehinggakan kepala negara pun berbunyi akan hal ini. Soal penangkapannya ialah kerana tiada tauliah mengajar di negeri Selangor. Kalau itu bunyi alasannya, maka agak pelik dan tidak langsung relevan. Nak mengajar agama pun kena tauliah ke?? Payah tu...!!
Banyak pihak mengambing hitamkan pihak JAIS berhubung penahanan Dr Asri. Kredibiliti JAIS tercabar kali ini. Pelbagai soalan dan kritikan dihidangkan kepada JAIS. Pastinya pegawai penguatkuasa JAIS agak terkedu seketika. Bak kata pepatah " buat salah tak buat salah ", "telah mati mak diluah mati bapak". Aku gambarkan bahawa pihak JAIS menjadi kambing hitam dalam hal ini.
Sedang aku menyelak lampiran akhbar, tiba-tiba aku terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa kumpulan Sister In Islam ( SIS ) juga tampil bagi memberi sokongan kepada Dr Asri...Itu tidak lain dan tidak bukan, hanya mahukan publisiti murahan..Kenapa aku cakap begitu?? Nanti aku akan huraikan kemudian....Tunggu....

Apapun aku harap, orang awam tidak mudah membuat kesimpulan dalam hal ini. Isu ini tidak lain, dari mainan politik segelintir pihak. Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah memang menjadi asas utama dalam ajaran pegangan Islam dalam negara kita...Tiada yang lain, kerana Islam itu syumul dan indah...Kenapa perlu lagi ditokok tambah sehingga bisa membuat Islam itu goyah dan berpecah belah???Bukankah elok diajar manusia dalam doktrin pengukuhan dan bukannya pembaharuan yang mengelirukan!!!...Asasnya sudah ada, cuma perlu diperkukuh dan diperelokkan sahaja lagik...Kalau perpecahan berlaku, siapa yang bertepuk tangan dan siapa yang merana??? Lu pikirlah sendiri!!!!!!!!!!!!!!! Wahdatul ummah dan wahdatul kalam perlu diperkasakan!!!!!!!!!


Malam tadi, bapa kepada salah seorang muridku di kelas Al-Quran berkata:
Bapa muridku : Ni tak lama lagi guru Al-Quran pun nak kene tangkap nih.. (sambil tersenyum)
Aku : Hahahaha aku ketawa sambil berasa hairan...
Bapa muridku : Orang mengajar agama kene tangkap, tapi orang yang pakai skirt pendek,bukak dada yang berjuta diluar sana, tidak pulak ditangkapnya...!!(Katanya semangat)..
Aku : Itulah dah akhir zaman, mesti ada politik disebalik perkara nih ( jawapanku yang aku pikir betul dan selamat)
Bapa muridku : Itulah sebab ada pihak yang tidak mahu islam itu ditegakkan dalam negara ini..(cakapnya ketika turun dari tangga untuk pulang)..

Aku memandang sahabatku Azri dengan senyuman, dan Azri membalas tanda faham. Berkata hatiku sendiri, orang yang pakai skirt tu tidak membawa ancaman yang begitu besar dalam fahaman agama dan boleh diperbetulkan melalui saluran dakwah tetapi kalau pembawa ajaran yang boleh memecahbelahkanpegangan akidah umat Islam yang sudah jelas kesahihannya??Bagaimana pula???...

Ayuh kita tegak dan perkasakan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah....


Sunday, November 1, 2009

Alhamdulillah...Selamat...

Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke penthouse ku di Parit Buntar...Jauh perjalananku malam tadi. Letih dan mengantuk toksah cakaplah. Tambahan sepanjang perjalanan aku dari Chenor ke Parit Buntar hujan. Jalan licin dan tak boleh nak pecut..Hehehe..Sebelum itu aku singgah ke Proton City untuk menghantar adikku.Aku tiba dirumahku pada jam 1.35 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat.
Objektif kepulangan aku kali ini alhamdulillah semuanya tercapai. Seawal pagi Sabtu, aku sudah berada dipusara nendaku. Setelah selesai membaca yassin dan tahlil, aku terus bergerak ke Maran untuk melihat perkembangan kereta burukku. Ternyata anggapanku tepat..Tak siap lagi!!!!! Arrrgghhhh.....Sabo jerk laaaa...Minggu depan baru boleh ambil...
Ok laa aku nak siapkan data pelajar ini.Minggu depan nak dihantar..Kalau lambat nanti, sure Cikgu Zu bising...Hehehe...Ok Adios....