Sunday, November 15, 2009

Hujan...Hujan...Banjir...


++Cover 2012++
++Tiket masuk panggung++

Sepanjang minggu ini cuaca di Parit Buntar ni hujan. Di dalam laporan kaji cuaca malam tadi, hujan di jangka turun sehingga minggu depan. Minggu lepas, rumah kawan aku Nadia dan Durah dimasuki air..Kesian..Jadi mangsa banjir kilat. Letihlah mereka mengusai rumah akibat dek banjir. Kawasan utara tanah air terutama Kedah telah pun dilanda banjir sedari minggu lepas. Jadi apabila hujan turun, maka tidak banyak aktiviti luar yang boleh dilakukan. Hanya terperap dalam rumah jelaa..Nak jemur kain pun susah..

Jadi pengisian aku weekend ini tak banyak. Petang Sabtu, aku menziarahi sahabat aku Din di Bagan Serai, untuk melihat anak pertamanya yang lahir bulan lepas..Comel babynya..Namanya tak silap aku Mohd Abid Danish...Waaa stylo namanya tu...Hehehe..Aku pergi dengan Epol dan Azmir. Setelah pulang dari rumah Din, aku terus ke Taiping untuk meneruskan schedule aku bersama Kumie..Ape pula program tu agaknya yaa...Menonton wayang laaaa apa lagi...Kami berjanji untuk menonton wayang di BIG Cinema, Taiping Central..Filemnya??? Haaaa memang best...2012...Fuh...!!!Memang best cerita dia...Animasi CGI dan grafik yang amat canggih..Memang real!!! Puas hati lah tengok.Aku ambil tiket 9.15 malam. Ingatkan ambil tiket malam tak penuh, rupanya aku dimaklumkan, bahawa pihak BIG Cinema terpaksa membuka ciniplex tambahan kerana gelombang 2012 terlalu dahsyat..Tiket malam pun penuh..!!

Ceritanya berkisar tentang Hari Kiamat yang dijangka akan berlaku pada 21 Disember 2012. Jangkaan ini katanya dibuat oleh orang purba Maya dahulu..Namun begitu, ramalan oleh orang Maya itu sedikitpun tidak diendahkan oleh masyarakat kini..Apakah akan terjadi?? Apabila kerak bumi berubah dan mengganas?? Peta dunia sudah menjadi baru.Apakah apa akan berlaku kepada penduduk bumi?? Haaa korang tengoklah sendiri....Tapi memang aku suggest korang tengok...

Tayangan berakhir tepat jam 12.15 tengahmalam. Perut pun lapar..So jom makan laaa...Kami berhenti makan di K-Corner..Tengah bandar Taiping..Hujan pulak tak berhenti-henti lagi..Bila hujan turun, maka bau longkang pun naiklah..Sama naik dengan aroma makanan yang kami tempah..(Sabo jerlaa..) Kak Sit (Kakak Kumie) belanja kami makan..Dah kenyang..Pastu apa pulak?? Haaaaaa baaaaalik laaaaa...Aku bertolak dari Taiping ke Parit Buntar pada pukul 1.30 pagi, sampai dirumah jam 2.15 pagi..Sampai rumah, terus membungkang laaaa...hehehe...Itulah ceritera pendek aku dalam rangka program weekend ini...Ok aku nak siapkan MEMO DALAMAN PRA-U..Papai...

2 comments:

LINA said...

bau longkang tulah yang menambohkan seleranya..

banjir kat pantai timur dah pulih, beralih ke utara la plk gayenye.

Chenoreans said...

Mmg menyelerakan..sehinggakan habis seme makanan...hehehe haah, banjir kat utara ni makin menjadi2 plaks....payung....payung....