Thursday, November 12, 2009

Planning...Pening...

++Tekun sangatlah gayenye tu hehe++
++ Bersama student aku 6 STPM Pra-U dan 6 STAM++

Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk..Yer laaa dah akhir tahun, so macam-macam benda nak kena buat..Making paper budak, perancangan program kecemerlangan untuk 2010, buku rekod, buku koko dan bermacam lagi...Semua kena dibereskan dalam masa ini.So, dengan kesibukan itu, menyekat waktu bebas aku untuk meng'entri apa-apa dalam blog...Ini pun aku 'skip' dari menanda paper..Blurr dah rasanya..Naik pening kepala membaca jawapan budak-budak yang terlalu tinggi imaginasinya...Huhuhu..Tengah tanda kertas, sambil ketawa sendirian...Kalau orang lain tengok, boleh dikateorikan aku ni dan naik isim ( gila )...Antara jawapan yang paling membuat aku tergelak ialah :

- Soalan :Nyatakan 4 golongan yang diharuskan berbuka puasa. ( Pend Islam Ting 2 ) -Jawapan :- Bila seseorang itu telah berniat untuk berbuka puasa di waktu tengahari.
- Orang yang 'beromen' pada waktu siang.
- Orang yang datang bulan.
- Orang yang tidak berkhatan.

Aku tak boleh bayangkan betapa tingginya ilmu ( merapu ) budak ini. Adakah aku cakap begini sewaktu dalam pengajaran??? Terkesima aku seketika...Aduh...Sabar aje laaa...

- Soalan : Nyatakan dalil naqli yang menceritakan berkaitan tentang kejadian alam semesta.
(PQS Ting 4 ).

- Jawapan : Camana ustaz dalil naqli tu? Apa beza dengan dalil aqli?


Ehhh...!! Kita tanya dia, dia tanya kita balik...Berkerut dahi aku dibuatnye..Menanda kertas jawapan budak-budak ni, membuatkan aku pening...Sabar lagi laaa jawabnya...Ada lagi jawapan yang ditanya lain, dijawabnya lain..Kalau tengok skrip jawapan bukan main tebal. Sampai takut menengoknya..Tapi jawapan sedemikian...Camanalah nak buat...

Ada pulak yang menjawab guna tulisan jawi, tapi sampai sekarang sepatah perkataan pun aku tak dapat bunyikan lagi.Apakah dia menggunakan bahasa halus??? Pening lagi aku........Huhuhu..
Bak kata pepatah, guru ni ibarat lilin membakar diri, tapi lain pulak jadinya pada aku..Bayangkan menanda kertas dibawah kipas syiling, siap pasang maksimum kelajuannya, tapi masih ber'juih' peluh..Haaa itu apa maknanya..Bukan membakar diri??? Kira kalau aku ditugaskan menanda kertas saja, mahunya aku kurus dengan masa yang singkat..Hahahaha..

Ramai orang kata, kerja guru ni senang. Mula kerja 7.30 dan balik 2.15. Gaji jalan..Cuti banyak...Haaa yer laaa tu...Kerja guru ni lebih letih dari kerja buruh kontrak tu..Diorang letih fizikal tapi guru letih mental...Letih fizikal takpe sebab menyihatkan, tapi kalau letih mental??? Haaa gilalah jawabnya...Apapun rezeki aku sudah ditulis untuk menjadi guru..Aku redha dan menerima seadanya tugasan dan amanah ini. Bagi mendidik anak bangsa yang tercinta..

Apapun, inilah rapuanku buat masa ini...Apa nak buat selepas ni??? Menyelak kertas jawapan budak-budak laaa yang menimbun kat sebelah laptop ni..Sampai penuh meja...Huhuhu..
Ok jumpa lagik dilain masa..Salam..Papai..

2 comments:

LINA said...

Hahaha..teruk amat jawapannya, rasa nak humban ke laut je. Buat letih je cikgu ngajo yek..
Tu lah dugaan sebagai pendidik, bukan calang2 org jgk yg blh tahan macam2 kerenah budak2 ni, InsyaAllah besar ganjarannya kat sana nanti.
Sabolah ustaz yek..klu ye dgn menanda kertas tu blh kurus, silalah amalkan sllu supaya terkezut org chenor bila awk blk nnt pastu berbarih org kg jumpa kok kama nk mntk borang utk buat calon menantu..muahaha

Chenoreans said...

Muahahah..betul2!!bukan senang nak meMANUSIAkan manusia ni..kalo kome kurus..aiiihhh bukan takat berbarih org kampung..tp ramai produser2 filem dtg meminang...Adeeeehhh sabo jerk laa yek...