++Rutin++
Hari ini dah masuk 2 hari aku dilanda demam. Semalam aku telah berjumpa doktor, almaklumlah sekarang ni masih heboh diperkatakan H1N1. So aku ambil langkah berjaga-jaga. Mujurlah doktor cakap aku mengalami demam biasa.Perubahan cuaca agaknya. Hurrmmm untuk rutin hari ini aku mulakan dengan menghadiri Mesyuarat Kecemerlangan STPM. So dah masuk hampir dua minggu aku tidak dapat memberi komitmen terhadap P&P dek kerana kerap menghadiri mesyuarat. Apapun matlamatnya, untuk menjadikan Daerah Kerian Daerah Nombor Satu dalam pencapaian STPM untuk kesekian kalinya. Jadi semua guru-guru STPM seluruh daerah digesa untuk mempersiapkan bekalan yang secukupnya bagi bekalan anak didik mereka berjuang di peperiksaan sebenar hujung tahun ini.
++AlKisah++
Begini ceritanya, pada tahun 2004 aku dan sahabat aku pergi melancong ke benua Eropah. Antara negara yang kami lawati ialah Germany. Dipendekkan cerita, sewaktu di Germany, aku menumpang di kediaman sahabat Malaysia yang menuntut disana ( Ust Shariman ). So sepanjang di sana aku sempat berkenalan dengan ramai pelajar asia, antaranya Pak Joe dari Indonesia. Hubungan ukhuwah antara kami rapat, mungkin kerana faktor berjauhan dengan tanah air ditambah pula dengan bahasa dan adat yang persis sekali. Okey itu cerita 5 tahun dulu. Pada bulan ini, ada 2 org pelajar yang mendaftar di pusat bimbingan yang aku buka bersama kawan-kawan aku. Setelah di amati biodata yang ditulis dalam borang pendaftaran. Hati aku berkata " Macam pernahku lihat nama ini " (merujuk kepada nama Pak Joe iaitu Joewono Prasetijo). Aku korek sedikit demi sedikit. Aku bertanya pada kedua anak-anak itu dan jawapannya seperti yang aku inginkan. Ini makin membuatkan kata hatiku kuat. Lalu, aku tunjukkan sekeping gambar kepada anak itu ( gambar itu aku ambil bersama Pak Joe sewaktu aku di Germany dulu ), lantas anak itu menjawab " Ini lah papa saya ". Wah!!! bukan kepalang lagi aku rasa. Sungguh tak ku sangka. Orang yang pernah aku temui di Germany dulu aku jumpa sekali lagi di Parit Buntar!!!! Pak Joewono Prasetijo berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, USM. Alhamdulillah pada malam ini, aku makan malam bersama Pak Joe dan keluarganya. Bila lama tak jumpa, maka bermacam ceriteralah yang terhambur....Sungguh puas hati ini... Tak sangka bertemu Pak Joe di bumi Malaysia tercinta untuk kedua kalinya.
* Cerita ini mengingatkan aku kepada Faruqi yang aku temui di Amsterdam, Holland. Lama tidak ketemu setelah dia bertukar pengajian ke Mesir. Tapi aku bertemu beliau, di tengah Kota Amsterdam dalam keadaan yang tidak disengajakan.

Pak Joe dua dari kiri. Gambar ini diambil ketika penulis di Bochum, Germany. Kelihatan juga Mas Tekno dan Ust Shariman.

No comments:
Post a Comment