Thursday, October 15, 2009

Mughamarah ( Perjalanan )


Hari ini aku akan berangkat ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat profesionalisme disiplin SMKA/SABK peringkat kebangsaan. Jadi aku tak masuk mengajar untuk hari ini. Maklumlah nak berjalan jauh. Aku bangun lewat laaa...Alkisahnya sedang nyenyak tidur lepas subuh, dan bercadang nak bangun jam 9.00 pagi. Tiba-tiba, ada panggilan dari S/U aku. Dia minta aku datang mesyuarat tergempar untuk penyusunan jadual tingkatan 6. Hehehehe so dengan berat hatinya aku pun hadirlah mesyuarat itu. Jadi, program aku ke Langkawi terpaksa ditunda. So journey aku bermula jam 11.00 pagi ( asalnya 10.00 pagi ). Aku pergi dengan kawan-kawan aku. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 2 jam terlajak sampai ke 4 jam..Lama tu!!!!! Apa sebabnya??? Ini semua pasal Hj Abd Malik laaaa...Duk belengah di HQ HR Group... Tapi tak mengapa.Syarikat usahasama aku bersama kawan-kawan aku telah berjaya didaftarkan. MUMTAZ EDAR...Doakanlah moga-moga usaha bersama aku dengan kawan-kawan aku ini beroleh hasil yang memberangsangkan.
Tepat jam 5.50 petang, sampailah kami di jeti Kuala Perlis dan terus naik ferry...Huh sampai disini dulu rapuan aku..Nanti sambung balik...Papai....

* Aku,Hj Abd Malik, Muhaimie dan Acik ( Ucop )...Macam-macam cerita yang belaku...Lawak betol...

20/10/2009 - Mesyuarat Penyelarasan STPM di Unit Akademik PPD Kerian. ( Outstation lagi... )

2 comments:

LINA said...

jangan lupa cekelat

Chenoreans said...

abih dah...abih cair, sebab panas...haru betoi...beli cekelat love.lawo..tp bile buke beg.alik2 dah jadi bentuk yg menakutkan...cekelat kome cayooooooooooor...bak kate org perok...mujo sedap jugek...buruk2 dia pon...hehehe