Pada hari ini kelas aku (4 Ibnu Batutah ) mengadakan jamuan akhir tahun. Majlis bermula dalam lingkungan jam 9 malam. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru kelas ( aku sendiri ) ke kelas. Ada peristiwa lawak berlaku, apabila belon yang di surprisekan tidak meletop..Hehehe..Jenuh Yati cucuk belon tu, tapi tak maunye pecah belon tu..Adus kesian betol. So majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh pelajar aku iaitu Sdr Muhamad bin Noh. Selepas bacaan doa selesai dibaca, maka agenda makan berlangsung. Banyak sungguh makanan yang terhidang, dengan nasi minyak, cocktail, jajan, coklat, nudget, kek dan banyak lagi jenis makanan. Sungguh meriah majlis ini, biarpun dibuat tanpa perancangan yang rapi, tapi ianya tetap meriah. Ada acara cabutan bertuah dan pertukaran hadiah. Disini aku dapat lihat keakraban dikalangan anak murid kelasku. Begitu bertungkus lumus mereka menjayakan majlis kali ini. Tersenyum aku sendirian. Kerjasama dan sepakat membuatkan segala yang dirancang berjalan dengan lancar, biarpun pada mulanya aku ragu-ragu dengan kelancaran majlis ini.
Aku terhibur melihat telatah mereka yang begitu gembira. Aku wajibkan semua memakai baju raya, maklumlah suasana raya masih terasa biarpun syawal telah pun melabuhkan tirai. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu iaitu Ustaz Fadhil dan Cikgu Afzam.
Setelah selesai agenda majlis, kami semua bergotong royong bersama-sama membersihkan kelas, yelah esok sekolah lagi.Majlis diakhiri dengan bermain bunga api dan pertunjukan bunga api oleh Lan dan Mat. Biarpun masing-masing letih, tapi terpampang tanda kepuasan diraut wajah anak-anak muridku. Tersenyum aku sekali lagi dengan penuh rasa bangga. Inilah keunikan 4 Ibnu Batutah yang memang akrab dikalangan mereka. Aku juga terasa seperti sebahagian daripada mereka. Aku bangga dengan semua pelajar 4 Ibnu Batutah....Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh anak muridku 4 Ibnu Batutah kerana bertungkus lumus menjayakan program yang kita rancang bersama. Juga jutaan terima kasih atas hadiah yang diberikan.Terima kasih sekali lagi buat semua dan Mat yang memberi hadiah. Jasa anda semua insyaAllah dibalas dengan kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan..Amiin....Apa yang pasti kenangan bersama 4 Ibnu Batutah sepanjang 2009, tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kamu semua adalah yang terbaik dan best....Aku amat sayang pada kalian semua...Belajar sungguh-sungguh dan semoga mencapai apa yang dihajatkan...Amin Ya Rabb...
Ok aku nak masuk tidur..Jumpa lagi dilain masa... Papai...
* Kesian pada Fatin Zafirah, Dayah Din, Dayang dan Tikah Zol kerana tidak dapat ikut sama majlis ini kerana sakit mata. Tidak mengapa, lain kita buat lagi kalau ada rezeki....

4 comments:
Salam...lama x dengar kabar apissss..aok sehat?Teruskan beri didikan terbaik utk anak2 murid..:)
salam...weeiii puza ke ni??lama tak dengo kabo berita..camana ngan jepun...mesti best kan??? raya haji ni balik kampung tak??
Amboi ustaz..dpt hadioh ngaloh ke orang kawin yek..
hehe tu laaa kene blatih awal2..nanti bile dpt hadiah kawen takde lee rase kekok..muahahahha...
Post a Comment