Thursday, October 15, 2009

Moga Allah Merahmati...

Nenek tiga dari kanan ketika di tanah suci bersama bondaku empat dari kanan. Kini hanya tinggal kenangan.

Aku dapat panggilan dari abahku ketika aku di Alor Setar ( ketika perjalanan ke Langkawi ). Abah aku memberitahu satu berita yang menyedihkan. Nenda aku Hjh Robiah binti Hj Shukor telah kembali kerahmatulLah tepat jam 3.03 petang di Hospital Temerloh kerana sakit tua. Amat mengejutkan kerana allahyarham sewaktu kali terakhir aku jumpa, dia masih sihat. Sedih bukan kepalang. Yang paling tragis aku tidak sempat balik untuk melihatnya buat kali terakhir, kerana jenazah akan disemadikan pada petang itu juga.Tapi aku redha dengan ketentuanNya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati...Al-Fatihah ditujukan khas buat allahyarham. Moga-moga nenda ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Kepada sesiapa yang membaca entri ini, aku harapkan agar kalian menyedekahan al-Fatihah kepada roh nendaku dan seluruh umat Islam yang telah pergi........

Teringat aku pada lagu Kumpulan Rabbani " Pergi Tak Kembali " .....

4 comments:

Marrakech said...

salam

takziah utk abg syeikh, dr org Marrakech.

semoga roh beliau dirahmati Allah, dan ditempatkan bersama org² soleh.

Banyakkan bersabar.

Chenoreans said...

syukran dan terima kasih...
moga Allah menyenangkan perjalanan kamu di sana...terima kasih skali lagik

LINA said...

kami pun terkejut,hari ahad lepas baru taunya..boleh plk mok lupa nak bagitau

bersabo jelah,mudah2an nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Chenoreans said...

terima kasih Mr Mama.Sesamalah kita doakan yang terbaik buatnya dan yg akan pergi...Amin...