Monday, October 26, 2009

Rutin...

++Rabbul Jaleel++

Pagi tadi hujan, sejuk bukan main..Sampai nak mandi pun "cinta" bak kata orang Pahang. Hehehehe..Tapi menjelang tengahari, cuaca bertukar panas meluap..Basah aku dilenjun peluh.. Hari ini seperti biasa aku memulakan rutinku sebagai pendidik anak bangsa.Jadual Isnin aku, tidak padat dengan kelas.Jadi aku pinjamkan kudratku untuk mengambil alih kelas tingkatan 3, untuk di ajar subjek azhariah, kiranya nak membantu guru-guru azhariah yang tidak sempat menghabiskan silibus untuk tahun ini. Maklumlah tingkatan 3 sebelum ini sibuk dengan PMR. Jadi sekarang ini kenalah memberi tumpuan untuk subjek azhariah pula. Inilah ragam sekolah agama.Kalau ikut bilangan subjeknya, hampir mencecah 25 subjek.Sekolah menengah harian biasa hanya 13 subjek sahaja..Fuh...kalaulah pelajar sekolah agama ini memberikan komitmen untuk belajar bersungguh-sungguh, aku yakin mereka akan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat.Tapi malangnya,rata-rata pelajar tidak menunjukkan semangat untuk menuntut ilmu. Ini dapat dilihat dengan jelas sewaktu dalam kelas. Muka toye, mengantuk dan ponteng acap kali berlaku, terutama selepas rehat. Destinasi yang menjadi tumpuan zaman berzaman ialah tandas...Bancian dibuat, pelajar yang paling kerap ditangkap ketika ponteng ialah pelajar tingkatan 3...

Aku mengajar hanya di menengah atas yang melibatkan tingkatan 6 STPM,6 STAM, tingkatan 5 dan 4 sahaja. Jadi sebagai langkah inisiatif, aku dan rakan-rakan di menengah atas tampil untuk turun membantu pengajaran di menengah rendah.Buat setakat ini, ianya berjalan lancar.Alhamdulillah..Hari ini aku memulakan pengajaranku di tingkatan 3 secara talaqqi, iaitu ala-ala pondok. Mula-mula suasana kelas agak kekok, almaklumlah, terpinga mereka apabila aku tiba-tiba muncul di pintu dewan dan mengatakan bahawa aku akan mengajar mereka..Hehe..Semua pelajar tingkatan 3 ( ada 3 kelas ) di himpunkan dalam dewan, dan belajar dengan guru duduk dihadapan.Masing-masing bersila termasuklah guru. Hehehe teknik ini jarang sekali dilaksanakan sekarang...Arus pendidikan sudah berdaya saing. Tapi aku dan rakan-rakan memilih cara ini, kerana untuk mengimbau rentetan bagaimana orang-orang besar dan hebat terdahulu menuntut ilmu...Program yang kami laksanakan berjalan untuk tempoh seminggu sahaja, sekadar memenuhi aktiviti pelajar tingkatan 3..Kalau dibiarkan tanpa panduan, mereka tidak datang ke sekolah pula..Masalah besar tu.....

Aku berharap apa jua yang dirancang untuk pelajar berjalan dengan baik. Ini bagi memastikan sekolah ini akan melahirkan modal insan yang berkualiti dalaman dan luaran. Kalau akademik tidak mampu digapai dengan cemerlang, sekurang-kurangnya pengisian rohani dari pembelajaran agama ada didada..Kelak kalau disuruh tampil untuk mengepalai majlis tahlil, solat jenazah, doa selamat dan ritual keagamaan yang lain tidak menjadi masalah besar...

No comments: