Thursday, October 29, 2009

Balik Kampung oooo Balik Kampung...

++Exit ke Chenor dari LPT++

Esok aku akan pulang ke kampung halaman yang tercinta CHENOR!!! Aku akan bertolak selepas habis waktu sekolah...Sudah lama aku tidak pulang ke kampung selepas cuti raya tempoh hari.Rindu oooo..Aku akan singgah dulu ke Tg Malim, untuk mengambil adikku disana. Selepas itu, aku akan terus menyusur laju menuju ke destinasi yang didambakan...Antara agenda yang akan dilaksanakan ketika bercuti 2 hari di kampung ialah :

1. Bertemu kedua orang tuaku.
2. Menziarahi kubur nendaku yang telah kembali menemui Sang Pencipta awal bulan ini.
3. Melihat keretaku di bengkel Maran.Adakah sudah siap ke belum.
4. Mempromosi produk Hi-Goat di Chenor dan sekitarnya.

Diharap perjalananku pergi dan balik selamat.Amin...Ok Jumpa lagi..Wassalam...

Terngiang-ngiang di telingaku lagu " Balik Kampung " nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad...Beliau juga merupakan anak kelahiran Temerloh.Dekat kampung aku...Hehehehe (Macam pulang beraya pulak..Ngeh ngeh ngeh)..

2 comments:

LINA said...

iji dah keje kat proton ke? ke adik yang mana tu?

Chenoreans said...

haah iji yg keje kat proton teee...ate kejenye masang pintuuu..huhuh kalo sape2 yg tcabut pintu..bleh laa suh iji yg pasangkan..huhuh