Tuesday, October 13, 2009

Mesyuarat Kecemerlangan STPM 2009


+ Exhausted+
Fuh hari ni seharian suntuk aku bermesyuarat, bagi membincangkan kecemerlangan akademik STPM kekal dan meningkat. Pengerusi mesyuarat En Hassan nampak bersemangat dalam pembentangan kertas cadangan mesyuarat. Aku dan Penolong Kanan Tingkatan 6 yang lain asyik mendengar ulasan dan harapan daripada beliau yang senak dengan semangat itu.

+Hardly Mention+
Sememangnya sukar nak membuatTOV bagi STPM tahun ini. Ini memandangkan aku baru mengambil alih tugasan untuk menjaga STPM, maka banyak yang perlu diselaraskan kembali. Misalannya aku kena membuat jadual khas untuk Ting 6 yang tahun depan sudah mula digelar Kelas Pra 'U'. Info aku kepada guru-guru Ting 6. Bersiap sedialah kalian. Waktu punch out bukan lagi jam 2.15 ptg.....Tetapi akan dilewatkan sehingga jam 4.oo ptg...heheheh..Bertambah berat tanggungjawab..Apapun demi anak bangsa yang tercinta. Selagi khidmat diperlukan, selagi itu kudrat dikerahkan....Ok adios...Wassalam.

No comments: